Membawa maksud Kesedaran Suci. Seseorang pelajar yang ingin berjaya perlu mendalami tujuan dan matlamat secara rohani. Kesedaran ini perlu dipraktikan sepenuh masa agar matlamat dan tujuan tersebut dapat dicapai sepenuhnya dalam kehidupan.
Program TURIYA Penuntut Sekolah Rendah adalah Program Integrasi Nasional yang memfokuskan kearah Pembangunan Sosial Pelajar Sekolah Tamil dalam pembentukan budaya dan karakter yang positif untuk menghadapi cabaran sosial. Program ini adalah program pencegahan dan berkonsepkan “Handholding” bagi memastikan pelajar diterapkan dengan nilai-nilai murni serta “Life Skills” agar mereka dapat mengelakkan diri dari terlibat dalam sebarang aktiviti berisiko dan delinkuen semasa di sekolah menengah.
Program ini menyasarkan seramai 18,000 pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 yang dipilih dari Sekolah Kebangsaan Tamil negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan.
Teras program Turiya berpandukan kepada 5 modul utama yang berkonsepkan kepada :
1. INTEGRASI NASIONAL
2. KEPIMPINAN & KERJAYA
3. JENAYAH & GEJALA SOSIAL
4. PERLAKUAN GAYA HIDUP SIHAT & KESEJAHTERAAN MENTAL
5. KEAGAMAAN & KEROHANIAN
Kem dan Latihan akan dijalankanmengikut modul khas yang akan dilaksanakan oleh penceramah dan pelatih berpengalaman mengikut kepakaran dan keperluan modul.
Program Kem Turiya ini juga merangkumi aktiviti Latihan Kepada Pelatih (TOT) kepada Penceramah, Fasilitator dan pembantu Fasilitator seramai 2,100 orang yang perlu dilaksanakan di peringkat awal untuk melaksanakan program Turiya kepada para pelajar.